- CYBERSECURITY AWARENESS -

PORTAL DIGITALSHIELD

Memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan secara interaktif untuk melayari dunia siber dengan selamat. Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik bersama Agensi Pakar Teknikal dalam bidang Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia.

- Misi -

Keselamatan Siber untuk Semua

Projek ini merupakan kolaborasi bersama CyberSecurity Malaysia bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber. Kami percaya setiap individu berhak memiliki pengetahuan untuk melindungi diri dalam dunia digital yang semakin kompleks. Melalui pendekatan interaktif, pendidikan keselamatan siber akan difahami serta diakses dengan lebih mudah.

Kesedaran Siber

Meningkatkan kesedaran pengguna Internet terhadap ancaman siber yang sentiasa berkembang.

Pendidikan Boleh Akses

Menjadikan pengetahuan keselamatan siber mudah difahami, lebih interaktif dan boleh diakses untuk semua orang.

Melindungi Generasi Digital

Membina asas keselamatan siber yang kukuh untuk generasi sekarang dan akan datang.

DigitalShield About
- Tentang Kami -

DigitalShield

DigitalShield merupakan satu inisiatif bersama CyberSecurity Malaysia yang menumpukan kepada kesedaran dan literasi keselamatan siber. Melalui modul pendidikan interaktif ini, DigitalShield membantu memperkasa individu dari pelbagai latar belakang untuk memahami ancaman siber yang kompleks, mendapatkan kemahiran praktikal dalam melindungi diri apabila melayari Internet, serta mengamalkan etika siber yang baik dalam kehidupan seharian. Dengan adanya modul interaktif dan mesra pengguna, kami percaya bahawa pengetahuan siber akan lebih mudah difahami dan diakses oleh semua peringkat umur.

- Sokongan -

RAKAN STRATEGIK / RAKAN KOLABORASI

Bekerjasama dengan DigitalShield dalam membawa mesej Kesedaran Keselamatan Siber kepada semua rakyat Malaysia.

- F . A . Q -

Frequently Asked Questions

Soalan lazim tentang DigitalShield dan modul keselamatan siber yang dibangunkan.

DigitalShield merupakan modul kolaborasi bersama CyberSecurity Malaysia bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber. Program ini bertujuan untuk membantu pengguna Internet memahami ancaman siber yang semakin kompleks dan menyediakan panduan praktikal untuk melindungi diri dalam dunia digital.

DigitalShield dibangunakan untuk semua golongan masyarakat tanpa had. Ini termasuk kanak-kanak, murid sekolah, pelajar IPT, golongan dewasa, professional, warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ya. Modul DigitalShield adalah percuma. Inisiatif bersama ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan siber secara menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengguna tidak perlu mendaftar akaun baharu. Semua modul boleh diakses terus melalui laman sesawang modul DigitalShield dengan menekan pautan yang disediakan.

Dengan mengikuti modul DigitalShield, pengguna akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang ancaman siber seperti penipuan dalam talian, pancingan data dan serangan perisian hasad. Modul ini juga mengajar pengguna cara melindungi data serta maklumat di media sosial, mencipta kata laluan yang kukuh dan mengekalkan etika siber semasa melayari Internet. Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna Internet untuk menjadi lebih bijak, beretika dan bertanggungjawab dalam aktiviti digital mereka.